Selaut Kenangan
Rahimah A Hamid, USM, Penang Malaysia
Sebutir bintang menjelma
dengan cahaya sucinya
menyinar semesta.
Tapi
antara getar gerak cakerawala
bintangku gugur tiba-tiba
cahaya sucinya padam
langitku sepi kelam
Gugur sudah bintang yang satu
langit biruku kelam membeku
mega berarak menabir dada
hujan luruh membasah luka
Hatiku koyak
Ya Rahim, jahitlah dengan
benang kasih-Mu
jisimnya hanya pinjaman
kembali ke asalnya tanah
rohnya melayang ke syurga indah
hidup barunya di dunia barzakh.
Rahimah A. Hamid
Mingguan Malaysia
Ahad, 6 Julai 1995